| Nur Hidayah Salim |
Seorang Wanita Solehah
Wednesday •3:20 AM • 6 comments
Bismillahirahmanirahim , 

Muslim solehah itu BERBEZA kerana...
Sebelum kaki melangkah keluar pintu, 
Dia bercermin penuh rasa MALU, 
Bukan bimbang dipandang TIDAK MENARIK, 
tetapi demi memastikan syari'at Allah dilaksanakan dengan BAIK,
kepuasan diri bukan utama , Kepuasan ALLAH itu kerisauannya .. 

Muslimah SOLEHAH itu BERBEZA kerana ..
Khidmat cintanya hanya untuk SUAMI,
Bukan kerana takutnya berpoligami,
Bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata-mata patuh pada suruhan ILAHI.
demi kasih dan cintanya kepada Nabi..

Wanita SOLEHAH itu BERBEZA kerana ...
Walau jauh dia berada 
Tapi jiwa dan hatinya tetap pada KELUARGA,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai Sakinah dan Mawaddah
Yakin hadirnya rahmah dan berkah,
RUMAH TANGGA BAHAGIA.

Syurganya didunia mencari dan terus mencari Cinta Ilahi

Duhai wanita ini kisah sebuah CERITA.... 

Wahai kakakku , kenapa lemah sungguh kaum hawa itu ???
Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja

Wahai adikki, bukan wanita itu lemah adikku kerana tangisan dan sendunya ..
Tetapi disitulah wahai adikku, kekuatan bisa meleburkan ego lelaki.
Menjadi Izzah yang plaing gah, bahkan lebih gah dari egonya seornag lelaki kerana sendu rayunya..
Musa a.s terselamat dari kekejaman firaun, 
Wahai adikku , lembut wanita bukan leah tapi itu adalah SENJATA.

Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia

pernahkah adikku dengar pesanan Ilahi pada hamba-Nya ??
" wahai lelaki-lelaki yg beriman , Tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu.. "
Pada siapakah dahulu ? Allah dahulukan pesanannya, 
pada hamba yang bergelar ar-rijal...
Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya, 
maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya..
Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita, 
Agar memelihara auratnya..
Kerana disitulah kehormatannya , buakn fitnah semata-mata,
Jikalau ar-rijal dan an-nisa' sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu ..
Sesungguhnya wanita yg beriman dan solehah itu Lebih baik daripada ribuan lelaki yang SOLEH..

tetapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan ???
Tidakkah mereka malu ???

wahai adikku sayang, 
al-Haya' (sifat malu) ada dlm diri setiap insan , 
Wujudnya seiring dengan nafas insani & al-Haya' itulah pakaian iman.
Pada dri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri,
Namun, bila mana al-Haya' itu lebur maka imannya runtuh,,
kenapa mereka merelakan diri mereka menjadi peragaan ??
kerana mereka sebenarnya paranoid, 
merasakan diri mereka belum cukup baik,
Mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi , 
namun adikku, 
wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.

wahai adikku, 
1001 keindahan penciptaan wanita, 
Pandai-pandailah dirimu menilai,
Antara permata dan debu- debu kilauan pasir.

Wahai adikku, 
janganlah engkau gusar tatkala tiada lelaki yg hadir memetikmu,
dan jangnalh sesekali engkau merendahkan dirimu,
Menggugurkan diri, menyembah tanah..
Sedangkan engkau Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...




PASTFUTURE
Hak Milik
Assalamualaikum, Terima Kasih singgah blog comel Yaya hihi ^^. Kalau awak semua nak berkongsi link blog sila comment di cbox tu atau pun tinggalkan sebarang comment korang di cbox Yaya. Okayy ? Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Wassalam.
Change it Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p ]


WALKIE TALKIE


FOLLOWERS


UPDATE STATUS


BLOG ARCHIVE;

  • " 10 Cara Mengatasi Pergaduhan Dalam Percintaan "
  • "50 Pasal Lelaki Yang Perempuan Perlu Tahu"
  • Percutian Di Langkawi
  • SEORANG PENGKHIANAT dalam PERCINTAAN
  • PERISTIWA BULAN OKTOBER
  • Siapa AWAK nak HALANG saya BERBLOG ?
  • Wish Selamat Hari Raya AidilAdha Too
  • Dah FREEDOM ??? HAHAHA Jangan MIMPI SAYANG.
  • Perbezaan Antara Rukun ISLAM dan Rukan IMAN antara...
  • Kelebihan dan Keistimewaan Hari Jumaat

  • HASIL KARYA

    Full Edit: Nurhidayahsalim
    Hak Milik Tegar: Cik Yaya

    Don't Copy Anything Except My Entry :)