| Nur Hidayah Salim |
Perbezaan Antara Rukun ISLAM dan Rukan IMAN antara AHLI SUNNAH WAL JAMMAH dan SYIAH
Sunday •8:32 PM • 0 comments

Ramai yang masih tidak dapat mencari punca mengapa Syiah ditentang dan mengapa pula dikatakan akidah Syiah bertentangan dengan Islam. Malah ramai yang masih menanggapi Syiah merupakan salah satu daripada mazhab dalam Islam yang perbezaannya dengan Sunnah Wal Jamaah ‘amat kecil.
Justeru, apabila semakin banyak pendedahan tentang Syiah dibuat, sebahagian orang menganggapnya sebagai tindakan berlebih-lebihan. Kata mereka, ‘kita sama-sama Islam’, itulah reaksi yang kerap diberikan.
Untuk menilai secara objektif tentang Syiah, pengkajian yang cermat dan kritis perlu dibuat membabitkan ajaran Syiah itu sendiri. Kita tidak boleh serta-merta menolak atau membelanya tanpa membuat usul dan kajian terlebih dahulu.
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri di Malaysia telah mewartakan bahawa umat Islam di Malaysia dan negeri-negeri dalam Malaysia hanya dibenarkan mengikut ajaran Islam berasakan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariat dan akhlak. Larangan jelas terhadap penyebaran dan amalan fahaman-fahaman lain selain Ahli Sunnah Wal Jamaah sama ada dari segi akidah, syariat dan akhlak adalah dilarang sama sekali.
Biarpun tidak dikuatkuasakan secara hukuman, seharusnya umat Islam di negara ini perlu mencari sebab mengapa kerajaan tidak membenarkan fahaman selain Sunnah Wal Jamaah diamalkan di negara ini. Seharusnya dikaji apa bahaya dan kesan buruk yang akan ditimbulkan oleh fahaman-fahaman selain Sunnah Wal Jamaah.
Di dalam kitab-kitab ‘muktabar Syiah’ seperti Usul kafi, I’tiqadi, ijtima’i, Akhalaki Wa-ilmi karangan Al-Kulaini, perbezaan antara ajaran Syiah dengan Sunnah begitu jelas. Perkara paling asas yang menjadi perbezaan ialah membabitkan Rukun Iman dan Rukun Islam.
Rukun Iman menurut Sunnah iaitu berdasarkan hadis sahih ada enam perkara iaitu:
(a)    Beriman kepada keesaan Allah Taala
(b)   Beriman kepada para Malaikat
(c)    Beriman kepada Kitab-Kitab Allah
(d)   Beriman kepada para Nabi dan Rasul
(e)   Beriman kepada Hari Kiamat
(f)     Beriman kepada Qada dan Qadar
Bagaimanapun, menurut Syiah, Rukun Iman mereka hanya ada lima perkara iaitu:
(a)    Beriman kepada keesaan Allah
(b)   Beriman kepada Keadilan
(c)    Beriman kepada Kenabian
(d)   Beriman kepada Imamah iaitu kepimpinan 12 Imam
(e)   Beriman kepada Hari Ma’ad atau Kiamat.
Dalam Sunnah, Rukun Islam menurut hadis sahih adalah:
(a)    Mengucap dua kalimah syahadah
(b)   Solat
(c)    Puasa
(d)   Zakat
(e)   Haji
Manakala Syiah pula:
(a)    Solat
(b)   Zakat
(c)    Puasa
(d)   Haji
(e)   Imamah

Syiah menganggap Syaidina Abu Bakar r.a, Syaidina Umar Al-Khattab r.a, Syaidina Uthman Affan r.a dan sebahagian besar para Sahabat r.a, sebagai murtad dan kafir kerana dituduh merebut ‘hak’ kekhalifahan Syaidina Ali bin Abi Talib r.a. Bahkan Syiah amat gemar melaknat ketiga-tiga orang khalifah pertama tersebut dengan alasan-alasan yang tidak berasas dan tidak berpandukan kepada al Quran dan Hadis.
Konon-kononnya, semua itu adalah kerana cinta mereka yang sangat berlebihan kepada Syaidina Ali r.a dan Ahlul Bait biarpun secara ironinya, Syaidina Ali r.a sendiri tidak suka, bahkan menjatuhkan hukuman berat terhadap puak Syiah yang berlebih-lebihan memuja dirinya.
Lebih menarik lagi ialah berbeza daripada persepsi yang disebarkan oleh puak Syiah, Ali r,a tidak pernah membenci Syaidina Abu Bakar r.a, Syaidina Umar r.a dan Syaidina Uthman r,a sebaliknya menamakan anak-anak lelakinya daripada isteri selain Syaidatina Fatimah Az-Zahra r.a dengan nama Abu Bakar bin Ali, Umar bin Ali dan Uthman bin Ali.
Kesesatan dan penyelewengan dalam ajaran Syiah boleh ditemui berdasarkan sumber-sumber utama dari Syiah sendiri. Ini termasuklah keyakinan Syiah Imamiyyah bahawa Imam 12 adalah maksum atau bebas daripada kesalahan dan dosa sebagaimana para Nabi dan Rasul, manakala Al Quran pula dianggap tidak sempurna kerana tidak mengagungkan Syaidina Ali r.a, bahkan wujudnya pandangan ekstrim dari kalangan Syiah bahawa Syaidina Ali r.a sebenarnya adalah ‘Tuhan’ yang telah ditajallikan dalam bentuk tubuh badan manusia.
Jangan ditanya kepada para pengikut Syiah kerana mereka pasti akan membantah sekeras-kerasnya. Sebabnya ialah di dalam ajaran Syiah terdapat anjuran bahawa kewajipan untuk melakukan taqiyyah iaitu menampakkan diri berbeza dengan kenyataannya, melindunginya dengan dusta dan sebagainya.
Atau dalam bahasa yang lebih mudah, meneruskan penipuan dan menjadi munafiq.
Anda boleh melakukan ujikaji mudah ini untuk mendapatkan kepastiannya. Kenal pasti individu yang mendewa-dewakan Khomeini dan tanya adakah dia berfahaman Syiah. Jawapannya ialah, tidak. Apakah Syiah mengkafirkan umat Islam. Jawapan yang diberikan juga adalah tidak.
Sedangkan sangat jelas dalam ajaran Syiah bahawa orang yang tidak meyakini Imamah adalah dianggap kafir dan terkeluar dari Islam. Ini adalah kerana meyakini dan beriman kepada Imamah menurut Syiah merupakan sebahagian daripada Rukun Iman.
Terdapat beberapa kitab Syiah yang menjadi rujukan utama golongan Syiah iaitu Al-Kafi karya Al-Kulaini, At-Tahdzib, Biharul Anwar dan beberapa kitab yang lain.



PASTFUTURE
Hak Milik
Assalamualaikum, Terima Kasih singgah blog comel Yaya hihi ^^. Kalau awak semua nak berkongsi link blog sila comment di cbox tu atau pun tinggalkan sebarang comment korang di cbox Yaya. Okayy ? Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Wassalam.
Change it Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p ]


WALKIE TALKIE


FOLLOWERS


UPDATE STATUS


BLOG ARCHIVE;

  • Kelebihan dan Keistimewaan Hari Jumaat
  • Tanda-tanda saka di dalam badan.
  • Final Exam !!!!!!! Dunia Bloggg ???
  • Cara Untuk Meninggalkan Maksiat
  • Ketahuilah 18 Sebab Jin Merasuk Manusia
  • Cinta Remaja ? Apa yang kurang lagi ye ?
  • Bersyukurlah kita sebagai KAUM HAWA
  • Mahu Berhijrah? Tak Kuat? Ana ada 10 Tips
  • Cinta Selepas Nikah
  • Setiap apa jua ujian padti ada HIKMAH

  • HASIL KARYA

    Full Edit: Nurhidayahsalim
    Hak Milik Tegar: Cik Yaya

    Don't Copy Anything Except My Entry :)