| Nur Hidayah Salim |
Cinta Remaja ? Apa yang kurang lagi ye ?
Saturday •8:23 AM • 0 comments


" Tidak ! aku tidak mampu bayangkan ketiadaan awak dalam hidup saya. Tolong 
terima saya ... sebab saya CINTA sangat kat awak ... saya RINDU bersama awak ..."

" TIDAK MUNGKIN !! saya kecewa sangat dengan ibu awak ! Gara-gara dia 
cita-cita saya semuanya tak menjadi kenyataan "

"Tak mungkin apa lagi? Bila nak habis DRAMA ni kalau asyik bergaduh je?"
Jerit Khairul sambil matanya melihat televisyen. "Sikit-sikit nak bergaduh"

" Along ! Sini kejap tolong mak dekat dapur. Banyak lagi pinggan nak kena basuh ni! "
Panggil ibunya yang sedang berada di sinki dapur.

" Ya, Along nak tolonglah ni, " sahut Khairul lantas tangannya menekan suis televisyen.
" Banyak ke pinggan yg Mak Ngah nak pinjam ni ibu? " Kata Khairul kepada ibunya 
sambil berjalan menuju ke dapur.

" Dalam 50 mcm tu lah. Majlis Pertunangan kecil2 je. Saudara mara je yang datang. "
Jawab ibunya. Tangan ibu Khairul menunjukkan ke arah pinggan-pinggan yg berada di dlm almari dapur 
sebagai isyarat supaya Khairul mengambilnya.

Semasa Khairul membuka almari tersebut, Debu-debu berterbangan keluar  membuatkan 
Khairul terbatuk kecil. " kenapa tak buang je pinggan-pinggan ni ibu? terbiar je sampai berhabuk
jadinya " Kata Khairul sambil menggosok hidungnya.

" Memanglah dah berhabuk, setahun lebih ibu tak guna sejak kedai makan tu ditutup. 
Khairul ! letakkan pinggan tu dalam sinki ni" Arah ibunya.

" Mak ... Hmm .. sebut pasal bertunangkan .."  Khairul menggosok kepalanya. Dahinya 
dikerutkan, dia memandang semula ke arah ibunya sambil berkata, " Along rasa ... Along
dah jatuh cinta lah mak."

" Jatuh cinta? Dengan siapa? Cinderella cerita Cinta Jannah tu hihi?'' Usik ibunya.
Tangannya tidak berhenti menggosok pinggan satu persatu dgn berbuih sabun dlm sinki.

" Wahhh ! boleh juga ! Mak setuju sangat ! Hihikk

" Iyalah dah tentulah mak setuju ! Mak teringin sangat bermenantukan awek-awek comel.
Baik-baik pulak tu. Cuma masalahnya sekarang ... tahun ni awak SPM !" Sindir Ibunya.

" Bukan teringin lah mak," balas Khairul sambil menghulurkan lg bberapa keping pinggan
ke arah ibunya. " Ada seorang perempuan ni, dia sama kelas dengan Along. Muka dia kan mak ayu je
Along tenguk. Tak senang duduk Along dibuatnya. Adakah  ...... "
" Adakah apanya Along ... ? " pintas ibunya.

" Adakah ini dinamakan ... CINTA .... "

" HAHAHAHAHAH ! Apa reaksi mak kau bila kau cakap mcm tu? "

Kringggg ~! Loceng sekolah brbunyi kuat menandakan tamatnya sesi persekolah pada hari itu.

" Gelaklah ! aku tak kisah pun, Yang penting mak aku dh tahu yg aku suka tu Fatin. "
Jawab Khairul mencebik sambil menolak kerusi ke dalam meja. Lantas mereka mula berjalan keluar
dari kelas.

Kelihatan para pelajar lain riuh meluru keluar dari kelas masing-masing menuju ke arah 
pintu agar sekolah.

" Yelah yg kau pun satu, boleh cakap mcm tu dekat mak kau, " balas rakan karibnya sambil 
berusaha menutup mulutnya. Perut terasa sakit menahan ketawa. " Hahahahah ... sory-sory ... Aku tak
boleh tahanlah dengar cerita kau, " Rakannya ketawa kembali dgn muka yg merah.

" Man ! tuh Fatin tengah berjalan depan kau tu "

" Biarlah dia, kau jangan nk buat mcm2, " tegas Khairul sambil memandang ke arah rakannya  yg sedang 
berjalan di sebelah kiri.

" Inilah masa kau nk kacau dia ! " jerit rakannya yg lain, berpakaian pengawas di sebelah kanan,
" Kalau kau tak kacau dia, macam mana kau nak tahu dia tu suka kau ke tak " tambahnya lagi
sambil menepuk bahu Khairul.

" Fatin ! Khairul suka kau !!!" Jerit salah seorang lagi rakan Khairul secara tiba-tiba yg sedang 
berjalan dibelakangnya.

Senyapp seketika .....

Pelajar perempuan trsebut lantas menoleh ke belakang. Kelihatan 3 orgg rakan Khairul yg terdiri
berjalan bersama lari bertempiaran smbil ketawa. Khairul berdiri kaku melihat Fatin, perempuan 
bertudung labuh itu memandang ke arahnya. Hatinya berdebar. Degupan jantungnya dirasakan semakin
kencang.

" Tak guna punya kawan ! " Khairul lantas berlari mengejar rakan-rakannya.

" Alamak ! Baru aku teringat, " Dia meraba-raba kedua2 belah poket seluarnya. Berderau darah 
Khairul secara tiba-tiba. Dia lantas menukar arah dan berjalan laju menuju kelas.

" Fuh .. Alhamdulillah. Nasib baik ada." Khairul menghela nafas panjang sambil memegang dompetnya
yang dikeluarkan dari bawah meja. Nafasnya masih tersekat-sekat disebabkan berlari tadi.
Dengan langkah yg perlahan dia berjalan keluar dari kelas.

" err ... kamu boleh tolong saya kejap? "

" Saya? " tanya Khairul kepada seorang guru lelaki yg baru keluar dari bilik guru bertentangan 
dengannya.

" Ya, mari ikut saya, Sebentar saja. " Guru lelaki itu terus berjalan menuju ke arah sebuah kereta
dan memberi isyarat tangan kepada Khairul aga mengikutnya.

" Cikgi ni, Cikgu Amir kan?? Guru kaunseling baru di sekolah ni, " Soal Khairul ramah.

" Betul. Mungkin sementara saja sebab saya sedang tunggu masa yang sesuai untuk sambung
belajar lagi." jawabnya sambil membuka pintu belakang keretanya. " Kamu tolong angkat kotak yang ni ...
dan syaang angkat yg besar tu."

Setelah meletakkan kotak-kotak tersebut di dalam bilik kaunseling, Khairul duduk seketika di sofa
menikmati suasana nyaman penghawa dingin di situ.

" Ini untuk kamu. " Cikgu Amir menghulurkan sekotak air minuman kepada Khairul.

" Terima kasih sebab tolong saya " ucapannya tersenyum

" Cikgu, cikgunpakar neurologi kan? Boleh tak saya nak tanya satu soalan. " Khairul bertanya sambil emasukkan straw ke dalam air kotak tersebut.

" perasaan nak bercinta tu disebabkan hormon ke cikgu?"

" Dah tentu, " ujar Cikgu Amir sambil membuka tingkap bilik tersebut. " boleh dikatakan setiap apa yang
kamu rasa dalam diri kamu boleh diterangkan secara neurologi.

Hmm .. sebagai contoh, rasa seronok semasa bercinta dipengaruhi oleh oleh dopaminedi dalam
otak kamu, dan sebab itu mereka yg bercinta rasa sangat gembira. mcm terawang-awang dibuai perasaan. Kemudian kita ada hormon oxytocin dan juga vasopression yang mempengaruhi ikatan antara pasangan.

Khairul hanya mampu mengerutkan dahinya mendengar penjelasan daripada Cikgu Amir. Dia kemudiannya
bertanya lagi, " Cikgu dah berkhawin?"

" Sudah. Lebih kurang dua tahun yang lepas. Kenapa? kamu dah ada calon ke?"

" Eh taklah, : nafi Khairul sambil tersengeh, " Cikgu, khawin tu susah ke?"

" Kenapa soalan kamu ni pelik sangat ? " Cikgu Amir tergelak kecil.

Hmm ... perkhawinan akan rasa susah kalau ianya hanya bersandarkan pasangan cinta semata-mata sbb lumrah manusia, perasaan cinta itu akan semakin menghilang . Sebab itulah terlalu banyak penceraian 
yang berlaku sekarang ni.

" individu yg hendak berkhawin perlu terlebih dulu memastikan diri mereka mempunyai nilai tanggungjawab. Cinta itu akan kekal dengan sendirinya nanti.

Sama macam bila nak makan buah mangga. Kena hati2 bila memtik sebab bila petik semasa ia masih muda, rasanya masam dan bila dah petik, kena pula ada pisau untuk mengupasnya.

" Macam tu juga dgn berkhawin, akan tiba juga saatnya yg sesuai untuk kamu, dan bila masa itu sudah sampai, pastikan kamu dah ada pisau atau nilai tanggungjawab itu dalam diri kamu. Bila daha da pisau, barulah mangga itu dapat dikupas dengan elok dan lebih seronok untuk memakannya. "

KHAIRUL melabuhkan punggunya di sofa ruang tamu. Beg sekolah yg digalasnya diletakkan ditepi. Matanya merenung kipas di syiling yg berputar perlahan. Satu perasaan yg tenang mula mengalir dalam  tubuhnya. Lantas fikirannya mula melayang.

IMBAS KEMBALI .....

" Ada seorang perempuan ni. Dia sama kelas dgn Along. Muka dia kan mak, Ayu je Along tenguk. Tak senang duduk Along dibuatnya ... Adakah ... "

" Adakah apanya Along ... " pintas ibunya .

" ADAKAH INI DINAMA ..... CINTA ... ? "

Wanita tersebut hanya tersenyum melihat kerenah anak sulungnya itu. Dia menutup paip air dan mengelap tangannya dengan tuala kecil.

" Memanglah Along rasa seronok, Dulu masa mak muda2 pun rasa apa yg Along rasa sekarang. Tapi .. kalau hanya ikutkan cinta semata2 ... takut apa yg berlaku dekat mak
ni, terjadi pula dekat Along."

Melihat wajah wanita tersbut yg mula berubah apabila mengenagkan pencerainnya, Khairul merasa serba sa;ah. Lantas, " Mak hari ni masak apa? Perut Along dah lapar ni."

" ALAMAKK !!! Terlupa pula ! " Jerit Khairul sambil tergesa - gesa menekan suis televisyen.
Berkali-kali tangannya memicit butang remote televisyen tersebut.

" Baiklah, saya maafkan ibu awak. Saya baru sedar ternyata cinta awak itu betul- betul tulus .
Dengan rasa tanggungjawab, marilah kita segera menikah."

TAMAT .....

" OHHHH TIDAKKK !! Dah habis !! " Jerit Kairul menggegar ruang tamu. "

p/s : Cerita ni banyak iktibar, yaya share sbb bermanfaat tuk kita semua.
Sebab ramai remaja yang lalai dgn CINTA REMAJA DUNIAWI .
Fikirkanlah CINTA itu INDAH jika kita HARGAINYA.



PASTFUTURE
Hak Milik
Assalamualaikum, Terima Kasih singgah blog comel Yaya hihi ^^. Kalau awak semua nak berkongsi link blog sila comment di cbox tu atau pun tinggalkan sebarang comment korang di cbox Yaya. Okayy ? Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Wassalam.
Change it Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p ]


WALKIE TALKIE


FOLLOWERS


UPDATE STATUS


BLOG ARCHIVE;

  • Bersyukurlah kita sebagai KAUM HAWA
  • Mahu Berhijrah? Tak Kuat? Ana ada 10 Tips
  • Cinta Selepas Nikah
  • Setiap apa jua ujian padti ada HIKMAH
  • SAHABAT
  • Ketua Editor ?
  • Hai sahabat ! selamat datang kembali...
  • Wanita Solehah Menjadi Pilihan Kepada Lelaki Soleh
  • Penghijrahan Baru Bermula
  • Sebuah Pertemuan

  • HASIL KARYA

    Full Edit: Nurhidayahsalim
    Hak Milik Tegar: Cik Yaya

    Don't Copy Anything Except My Entry :)