| Nur Hidayah Salim |
Ketahuilah 18 Sebab Jin Merasuk Manusia
Saturday •8:45 PM • 0 comments


Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad 

Dasuki Abd Rani berkata, " dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka. "

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, " ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin."

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

"Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?" tambahnya. Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendiding diri untuk dipikat." Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al-Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin, " tambahnya. Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih matang lagi, katanya manusia sendiri menggunakan perkhidmatan jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianat kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu :

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak taat perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah.
3. Meninggikan suara dalam bilik air. (tandas)
4. Menangis dan merintih sebelum tidur.
5. Membuang air panas ke dalam bilik air.
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.
8. Perasaan terlampau takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.
9. Selalu bergaduh suami isteri.
10. Terlampau marah.
11. Mengikut hawa nafsu.
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah.
15. Perempuan suka bersolek.
16. Berlaku sihir perjanjian antara jin dan tukang sihir.
17. Jin jatuh cinta pada manusia.
18. Suka membaca buku cerita hantu dan berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja tau perasaan resah tidak menentu. Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selsema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, oto lemah, tidak sedar diri serta telinga
berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.
Nota Puteri : Selalulah mengamalkan Ayat Kursi sebelum tidur dan sebelum keluar rumah, jadikan amalan sebagai pendinding diri dari syaitan yang direjam. Wallahualam. 



PASTFUTURE
Hak Milik
Assalamualaikum, Terima Kasih singgah blog comel Yaya hihi ^^. Kalau awak semua nak berkongsi link blog sila comment di cbox tu atau pun tinggalkan sebarang comment korang di cbox Yaya. Okayy ? Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Wassalam.
Change it Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p ]


WALKIE TALKIE


FOLLOWERS


UPDATE STATUS


BLOG ARCHIVE;

  • Cinta Remaja ? Apa yang kurang lagi ye ?
  • Bersyukurlah kita sebagai KAUM HAWA
  • Mahu Berhijrah? Tak Kuat? Ana ada 10 Tips
  • Cinta Selepas Nikah
  • Setiap apa jua ujian padti ada HIKMAH
  • SAHABAT
  • Ketua Editor ?
  • Hai sahabat ! selamat datang kembali...
  • Wanita Solehah Menjadi Pilihan Kepada Lelaki Soleh
  • Penghijrahan Baru Bermula

  • HASIL KARYA

    Full Edit: Nurhidayahsalim
    Hak Milik Tegar: Cik Yaya

    Don't Copy Anything Except My Entry :)