| Nur Hidayah Salim |
Cara Untuk Meninggalkan Maksiat
Sunday •8:54 PM • 0 comments

Sesungguhnya untuk meninggalkan maksiat itu lebih berat daripada mengerjakan yang taat 
(melaksanakan segala perintah Allah dan Rasul-Nya)

Rasulullah s.a.w bersabda : " Orang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan Mujahid sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsu"

APA KATA ALLAH ?

Firman Allah S.W.T : "Di hari itu (kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu, dan kakimu dengan segala perkara yang telak kamu perbuat di dunia dahulu." Surah An-Nur :Ayat 24

" Pada hari ini (kiamat) kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadapa apa yang telah mereka lakukan (di Dunia dahulu)" Surah Yaasin Ayat: 65

Berikut ini merupakan bagaimana cara kita menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam perbuatan maksiat yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Sama-sama kita beringat 

1. Menjaga Hati

Perliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan Mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2. Menjaga Telinga.

Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkatan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban/ kejahatan orang lain.

3. Menjaga Lidah.

Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang kan dihumban ke dalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. Jagalah lidah kita dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar, berdebat, membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau, memperolok atau mengejek orang lain.

Ingat betul-betul pesanan Rasulullah SAW Bersabda : 
"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataanya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun."
Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

4. Menjaga Perut.

Memelihara perut daripada memakan makan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5. Menjaga Kemaluan.

Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah.

6. Menjaga Dua Tangan.

Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7. Menjaga Dua Kaki.

Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling dari orang yang zalim.

Duhai sahabat, apabila kita menggunakan anggota tubuh badan kita tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah SWT bermakna kita tidak bersyukur terhadap nikmat yang diberikan. 

Pesanan Rasulullah SAW :

" Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan- angan kepada Allah S.W.T (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal dan bertaubat). "
Riwayat At Tirmizi.

Hmmm. cakap memang senangkan, tulis artikel ni pun bukanlah susah mana. 
Yang PAYAH dan SUSAH sebenarnya MACAM MANA NAK AMALKANNYA.?
Nak praktikan ilmu yang kita ada ni.
Peritnya diri ni nak melawan hawa nafsu ...

Sumber rujukan : Bidayatul Hidayah ( Imam Al-Ghazali )




PASTFUTURE
Hak Milik
Assalamualaikum, Terima Kasih singgah blog comel Yaya hihi ^^. Kalau awak semua nak berkongsi link blog sila comment di cbox tu atau pun tinggalkan sebarang comment korang di cbox Yaya. Okayy ? Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Wassalam.
Change it Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p ]


WALKIE TALKIE


FOLLOWERS


UPDATE STATUS


BLOG ARCHIVE;

  • Ketahuilah 18 Sebab Jin Merasuk Manusia
  • Cinta Remaja ? Apa yang kurang lagi ye ?
  • Bersyukurlah kita sebagai KAUM HAWA
  • Mahu Berhijrah? Tak Kuat? Ana ada 10 Tips
  • Cinta Selepas Nikah
  • Setiap apa jua ujian padti ada HIKMAH
  • SAHABAT
  • Ketua Editor ?
  • Hai sahabat ! selamat datang kembali...
  • Wanita Solehah Menjadi Pilihan Kepada Lelaki Soleh

  • HASIL KARYA

    Full Edit: Nurhidayahsalim
    Hak Milik Tegar: Cik Yaya

    Don't Copy Anything Except My Entry :)