| Nur Hidayah Salim |
Tanda-tanda saka di dalam badan.
Wednesday •12:47 AM • 0 comments


Apa khabar semua? Harini Cik Yaya nak cerita sedikit nak berkongsi dekat korang semua.
Mungkin bila korang tenguk tajuk entry Yaya korang cakap 

" Hishh ! merepek lahhhhh saka saka ni "

Lagi satu korang mesti cakap camnikan

" Saka tu keturunan lah, keturunan aku mana ada saka kan " 

hahahha
Silap besarlah korang kalau cakap macam tu. Memang saka tu ikut keturunan tapi tak mustahil dalam sedar atau tak badan korang dah ada saka kan.

Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? 
Mungki YA dan mungkin TIDAK.
tetapi tanda-tanda saka didalam badan boleh dikenal pasti.

Jangan terkejut jika anda mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada anda
mengendahkannya.

APAKA ITU SAKA?

Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikkan,
perlindungan, kekuatan, dan pertolongan dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.

Ianya boleh diwarisi dan dipindahkan kepada keturunan si pengamal sehingga 7 keturunan
Terutama kepada anak cucu yang masih Menyimpan barang-barang peninggalan si mati.
Okay sekarang Yaya nak kongsikan tanda-tanda saka dalam badan.

Tanda-tanda saka dalam badan.

1. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
2. Selalu bermimpi berada diawangan.
3. Sering dikejar binatang dan dipatuk ular.

Manakala dibawah ni Cik Yaya kongsikan bahawa seseorang telah 
Betul mewarisi saka.

1. Kerap bermimpi menerima bungkusan daripada seseorang
2. Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira sama)
3. Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur.
4. Rumah tangga sering bermasalah, Sering berbalah dalam perkara yang kecil, anak -anak yang degil.
5. Berdebar-debar tanpa sebab.
6. Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesankan penyakit yang dihidapnya.

Kesan dan akibat anda mempunyai saka.

1. Sukar untuk mendapatkan anak.
2. Banyak berlaku perkara pelik dalam hidup.
( Sebagai contoh : mana-mana kita pergi ternampak orang tua bongkok-bongkok. ataupun perempuan
ataupun apa-apa yang pelik melintas. Kenapa kita asyik alami perkara ini? Sebab itulah khadam kita,
dia nak tunjuk dekat kita yang dia ikut je mana kita pergi ).
3. Orang yang tak suka bergaul.
4. Sangat sensitif.
5. Orang itu akan tahu perkara yang orang lain tak tahu.
6. Kehidupan yang tak tenteram.

Apakah yang perlu anda buat ?

1. Jika ada tanda-tanda saka dalam badan awak semua, cepatlah berjumpa dengan pengamal perubatan Islam yang BERTAULIAH.
2. Selidik dulu salasilah keturun awak semua.
3. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mencukupkan ibadat - ibadat WAJIB.
Memperbanyakkan bacaan al-Quran, dan amalan-amalan sunat.

Jangan putus asa jika anda gagal mengeluarkan saka dalam tubuh badan anda.
Tetaplah berusaha dan berusaha.
Amalkan ayat ke-82 Surah al- Isra' dan ayat ke-57 Surah Hud (Inna rabbi 'ala kulli syai in hafeez)

Harap perkongsian ini sangat memberi manfaat.




PASTFUTURE
Hak Milik
Assalamualaikum, Terima Kasih singgah blog comel Yaya hihi ^^. Kalau awak semua nak berkongsi link blog sila comment di cbox tu atau pun tinggalkan sebarang comment korang di cbox Yaya. Okayy ? Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada. Wassalam.
Change it Mood : I'm Bored -.-
Status : Me know me cute :p ]


WALKIE TALKIE


FOLLOWERS


UPDATE STATUS


BLOG ARCHIVE;

  • Final Exam !!!!!!! Dunia Bloggg ???
  • Cara Untuk Meninggalkan Maksiat
  • Ketahuilah 18 Sebab Jin Merasuk Manusia
  • Cinta Remaja ? Apa yang kurang lagi ye ?
  • Bersyukurlah kita sebagai KAUM HAWA
  • Mahu Berhijrah? Tak Kuat? Ana ada 10 Tips
  • Cinta Selepas Nikah
  • Setiap apa jua ujian padti ada HIKMAH
  • SAHABAT
  • Ketua Editor ?

  • HASIL KARYA

    Full Edit: Nurhidayahsalim
    Hak Milik Tegar: Cik Yaya

    Don't Copy Anything Except My Entry :)